ASSALAMUALAIKUM~~
SEDAR TAK SEDAR KITA DAH BERADA DIPENGHUJUNG RAMADHAN.
RAMADHAN SEKALI LAGI AKAN MENINGGALKAN KITA.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikan doa kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut....”Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
(Hadis Riawayat al-Hakim)
Sepanjang Ramadhan ni, banyak ceramah dan tazkirah yang saya hadir membacakan hadis ni.
Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang celaka atau rugi ini. Ini kerana pada bulan Ramadhan ALLAH mengurniakan kepada hamba-hamba -Nya peluang untuk mennggandakan pahala dan peluang untuk diampunkan dosa.
Jadi bagaimana kawan-kawan sekalian. Bagaimana agaknya status kita. Semoga kita dihindari daripada menjadi hamba ALLAH yang rugi dan mendapat kecelakaan. INSYA ALLAH~~
Didalam baki terakhir bulan Ramadhan ni banyak-banyakkan lah beribadah, qiamullail, bacaan Al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi. Semoga beroleh keberkatan dan keredhaan ALLAH dan menjadi Hamba ALLAH yang soleh dan solehah.
Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan jika ada salah silap dan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada kawan-kawan sekalian.
Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu, Ingatlah orang tersayang.
Mudah-mudahan dipermudahkan oleh ALLAH perjalanan kita.
AMIN~~~