Tuesday, August 17, 2010

KISAH SAIDINA UMAR

Zaman sekarang seringkali kite dgr ak amik artis ni jd idola ak...
satu hari nnt ak nk jd mcm artis tu dan mcm2 lg la...
itulah manusia di akhir zaman ni...
hr ni INSYA ALLAH ak nk ceritakan perihal kisah seorg idola ak sejak dulu lg...
org yg paling aku kagumi selepas Rasullullah S.A.W...
iaitu Saidina Umar radiallahuanhu...
ramai tahu yang saidina Umar ni seorg yg teramat tegas di antara sahabat2 nabi.....
kontra la dengan sikap Saidina Abu Bakar yg lemah lembut dan teramat baik hati sampai semasa hendak menguruskan tawanan perang badar beliau mencadangkan untuk membunuh semua tawanan perang tetapi dibangkang dengan sikap lemah lembut saidina abu bakar. Saidina Umar juga telah berhijrah ke Madinah secara terang-terangan. Dengan beraninya beliau mencabar org musyrikin dengan megatakan sesiapa yang mahu ibunya sedih kerana kematian anak, isterinya menjadi balu dan anak2 mereka menjadi yatim halanglah beliau dari berhijrah...tgk la betapa beraninya beliau...
.... anda sume boleh la bayangkan saya prnah mendengar ceramah bagaimana Saidina Umar pabila hendak menunggang kuda pasti kaki beliau akan jejak ketanah...
tapi setegas dan garangnya Saidina Umar akan luntur tatkala beribadah dan berdoa kepada ALLAH..
mcm dalam lagu hijjaz bertajuk Aku Hanya Umar, "Engkau Khalifah Berjiwa Hamba" bagaimana muka Saidina Umar mempunyai satu jalur di bawah mata.. terhasil kerana beliau selalu sahaja menangis menyesali perbuatan beliau... walaupon beliau adalah salah seorg manusia yang dijanjikan syurga beliau tetap menyesal atas perbuatan beliau.. apatah lg kite manusia yang hidup di akhir zaman ni....jauh snggh kite dengan beliau..

ni nk mengisahkan bagaimana bertanggungjawab nyer saidina Umar dan betapa takutnya beliau dgn ALLAH S.W.T




Diceritakan bahawa pada suatu hari saidina Umar bersama hamba beliau Aslam membuat rondaan keHaraah seperti biasa. nun jauh di sana kelihatan seprti ada cahaya api.
Atas rasa tanggungjawabnya saidina Umar pon pergi ke ungun api kerana beliau menyangka pasti ad khafilah yang tidak dpt masuk ke bandar kerana kegelapan malam.
Setibanya di tapak khemah tersebut saidina Umar mendapati terdapat seorg wanita seperti sedang memasak sesuatu serta beberapa orang kanak2 sedang menangis.
Setelah memberi salam dan meminat keizinan wanita tersebut saidina Umar bertanya pada wanita tersebut:
"mengapa kanak2 ini menangis?"



wanita itu yang tidak mengenali Saidina Umar menjawab

"kanak2 itu menangis kerana lapar"  


"apa yang kamu sedang masak"tanya saidina umar lagi.
"hanya air yg dimasak untuk mendiamkan kanak2 itu agar mereka dapat tidur.  ALLAH akan mengadili Saidina Umar di akhirat kelak kerana membiarkan ak begini" kata wanita tersebut


"Semoga ALLAH merahmatimu" kata saidina Umar
"bagaimana Umar hendak mengetahui kesusahanmu?" tanya Saidina Umar
wanita itu membalas" Setelah die menjadi amir, maka dia perlulah tahu"


Setelah itu beliau Saidina Umar pon kembali dan ke Baitul Mal dan mengisi tepong, kurma, pakaian serta wang dinar ke dalam karung.
apabila selesai di isi beliau meminta Aslam utk meletakkan karung tersebut ke belakangnya..
kerana karung itu terlalu berat Aslam enggan malah Aslam lalu menawar untuk mengangkatnya bagi pihak saidina Umar.
Saidina Umar enggan malah beliau mendesak Aslam untuk membawa sendiri karung tersebut dan menjawab" apa mahukah kamu memikul beban dosa ku diakhirat kelak? aku mst membawa karung itu kerana aku akan disoal megenai wanita ini di akhirat kelak.


Dengan perasaan berat Aslam meletakkan karung tersebut ke belakang saidina Umar lalu Saidina dgn pantasnya ke khemah perempuan tadi. Saidina Umar lantas teros menghidupkan api dengan sendiri dan memasakkan untuk wanita dan kanak2 tersebut.


Aslam berkata " aku melihat asap melalui celah2 janggut umar yg tebal"


Seketika kemudian makanan tersebut siap dimasak, beliau sendiri yang melayani wanita dan kanak2 tersebut. setelah mereka kenyang Saidina Umar menyimpan lebihan makanan utk simpanan mereka.


Kanak2 itu bermain-main gembira kerana kekenyangan dan wanita tersebut dengan perasan gembira mengatakan" Senoga ALLAH memberi ganjaran atas kebaikanmu. Selayaknya kamu lah yang layak mengambil tempat khalifah daripada umar"

Kemudian saidina Umar duduk disatu penjuru memerhatikan kegembiraan kanak2 tersebut..
kemudian dalam perjalanan pulang Saidina Umar berkata kepada Aslam" tahukah kamu mengapa aku duduk disitu? ini kerana aku telah melihat kesusahan mereka, maka begitulah juga aku inigin melihat kebahagiaan mereka.

begitulah kisah Saidina Umar seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan takutkan ALLAH..
sehinggakan saidina Umar jika ad seekor anak kambing yang mati antara sempadan pemerintahannya Saidina Umar akan berasa susah hati...
beliau bukan sahaja tidak marah apabila wanita itu berkata begitu terhadapnya, malah dengan rasa tanggungjawab dengan amanah yang dipikulnya dan rasa takut kepada ALLAH beliau sendiri yang mengangkat karung, menghidupkan api dan memasakkan makanan untuk mereka...
itulah dia sifat pemimpin sebenar yang mengganggap jawatan atau pangkat yang diberikan bukanlah sesuatu untuk disanjung dan dibanggakan.. beliau menganggap jawtan sebagai khalifah itu satu amanah yang harus dipikul beliau..
persoalannya....
"DAPATKAH KITA MENJADI DAN MENCONTOHI SPERTI BELIAU SEORG PEMIMPIN YANG AGONG DAN MENJALANKAN AMANAH"  
 RENUNG2KN DAN HAYATI LAH CERITA INI..
jadikanlah Saidina Umar sebagai idola yang patut kita contohi..

dengan ini disertakan lirik lagu nasyid dr kumpulan Hijjaz bertajuk "AKU HANYA UMAR"
yang megisahkan tentang Saidina Umar...
hayatilah...

Aku Hanya Umar
Artis : hijjaz


Sebelum Disapa Sinar Iman
Kau Bagaikan Singa yang Mengganas
Membunuh Anak Perempuanmu
Tanpa Rasa Belas Dan Kasihan
Dipandu Hati Sekeras Batu
Jahiliah Yang Menyesatkan


Bila nur Al-Quran menusuk ke Jiwa
Lunturlah Segala Keangkuhanmu
Berubah dan Beralih Arahmu
Terbentur Segala Kekejaman
Menjadi Wira Miskin Nestapa
Membela Yang Tak Berupaya


Tidurmu Di Rimbunan Tamar
Tenangmu Tiada Tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan


Dimalam yang hening
meratap menyesali diri
pada dosa kealpaan
dibasuh dengan air mata
memohon keampunan tuhan


Engkau khalifah berjiwa hamba
mentadbir tanpa singgahsana
menghina diri dihadapan ALLAH
kemuliaan diri manusia


Mulia hidup bersulam takwa 
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu kealam tinggi
terbang menuju syurgawi


aku hanya seorang Umar
kemuliaanku kerna Islam
semua kesyurga kecuali dia
ku bimbangi dialah diriku


hati sekeras batu
berubah menjadi selembut air
jadi teman kebenaran 
hadi musuh kepada kebatilan









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...