Friday, October 1, 2010

KELEBIHAN ILMU DARIPADA HARTA

ASSALAMULAIKUM...
السلام عليكم

Baru2 ni UTM ku yg terchenta mengadakan majlis konvokesyen utk menghargai dan meraikan mahasiswa-mahasisiswi yang berjaya. ramai gak la rakan2 yang berjaya 'graduate' dengan berjayanya. tahniah la diucapkan kepada mereka semua. 

semalam lak khutbah jumaat menceritakan tentang ilmu, peranan sebenar ilmu, cara sebenar menimba ilmu, kelebihan2 ilmu dan lain-lain lagi la berkaitan ilmu. turut diceritakan dalam khutbah jumaat tersebut adalah kebaikan ilmu daripada harta. Khalifah Ali bin Abi Talib mengatakan...
  1.  Ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan Fir'aun, Qarun .
  2.   Ilmu menjaga orang yang mempunyainya, sedangkan harta dijaga oleh orang yang mempunyainya.
  3. Orang yang berilmu mempunyai banyak teman, sedangkan orang berharta mempunyai bnyk lawan
  4. Ilmu kalau diberikan kepada orang lain akan bertambah sedangkan harta bila diberikan akan berkurang.
  5. Ilmuwan sering dipanggil alim, ulama' dan lain2. sedangkan hartawan sering dipanggil bakhil, kikir, dll.
  6. pemilk ilmu akan diberi syafaat pada hari kiamat, sedangkan pemilik harta akan dipertanggungjawabnkan terhadap hartanya di hari kiamat.
  7. Ilmu apabila disimpan tidak akan habis, sedangkan harta bila disimpan akan usang dan lapuk.
  8. ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan, sdangkan harta selalu dijaga dari kejahatan.
  9. Ilmu tidak memerlukan tempat, sementara harta memerlukan tempat.
  10. Ilmu akan menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram, sedangkan harta akan mengeraskan hati.
 Jadi, cuba kita renungkan, kelabihan ilmu terhadap kita. tetapi ada juga diantara kita yang bodoh sombong mengatakan ilmu kita sudah cukup di dada....
sedangkan rasullullah bersabda tuntutlah ilmu sampai kenegeri cina...
sedangkan kita hendak menghembuskan nafas terakhir pun kita dikehendaki menuntut ilmu iaitu untuk kita mengucapkan kalimah syahadah, apabila dimasukkan kedalam liang lahad pon kita ditalkinkan tentang soalan dalam kubur( soalan bocor yg tidak dapat dijawab)..
apatah lagi kita yang masih hidup ni....
Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...