ASSALAMUALAIKUM...
bestnye hari ni dapat update blog..
Merujuk kepada perkara di atas, pada hari sabtu, 4 disember 2010 para "rider" 4 SEM seramai 6 orang telah besama-sama ke Tanjung Balau untuk melakukan akiviti berfaedah selepas habis musim peperiksaan. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kami semua tempuh sepanjang perjalanan pergi ke Tanjung Balau dan pulang semula ke UTM tercinta ni. Seperti kata Pit-Jan ada pahit, manis, masam, masin, payau dan lain-lain lagi. Jika anda hendak tahu mana satu yang pahit, manis, masam dan lain-lain lagi bolehlah bertanya kepada beliau sendiri.
Dengan bacaan doa, kami berenam iaitu Nu'man, Hafiz, Pit-Jan, K-Rol, Mat Yan dan saya sendiri memulakan perjalanan dari KTGB pada pukul 8 pagi walaupun sebenarnya telah berjanji pada pukul 7 pagi.kami bergerak menaik 2 buah motor LC, sebuah legenda dan sebuah RXZ. Perjalanan ke Tanjung Balau berjalan dengan lancar walaupun kami terpaksa berhenti sebanyak dua kali kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan telah menyebabkan kami berhenti dibawah jejambat dan juga di sebuah kedai makan untuk bersaapan pagi sementara menunggu hujan reda. Walaupun hujan, kami tetap meneruskan perjalanan kerana kami yakin hujan tidak akan sampai ke petang. Segala tekaan kami benar kerana bermula pukul 10 pagi hujan telah berhenti dan segala kesejukan kami telah digantikan pula dengan kepanasan terik cahaya matahari.
Alhamdullillah, lebih kurang pukul 1 petang kami sampai ke tanjung balau. selepas menunaikan solat zuhur kami meneruskan agenda kami iaitu mandi-manda di tanjung balau. Walaupun bendera amaran merah telah dikeluarkan menandakan bahaya untuk mandi disitu kerana ombak yang sangat besar. tapi kami tetap meneruskan niat kami kerana melihat ramai juga yang tidak menghiraukan amaran tesebut.
|
Gambar 1 : Inilah Bendera Merah Yang dimaksudkan |
|
|
|
|
Akhirnya setelah siren amaran telah dibunyikan akhinya kami akur dan bergerak semula ke daratan lebih kurang pada pukul 3 ptg . Itu pun setelah kami selesai menimbu Mat Yan di dalam pasir. Setelah kami bersiap, kami pun terus makan tengahari dengan makanan yang kami bungkus sebelum tiba tadi. Selepas selesai makan tengahari, kami ke pantai semula untuk sesi bergambar. berikut adalah gambar yang terhasil.
0 comments:
Post a Comment