Thursday, December 30, 2010

CITER LAWAK

ASSALAMUALAIKUM

sekalian lama nak x update blog..akhirnya tibe saat2 yg dinanti...
ni citer pasal Word Perfect Helpline..
kire2 sape ad masalah komputer boleh rujuk kat diorg ni la..
citer ni kredit kat gelihati.blogspot.com 

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

Sunday, December 12, 2010

JALAN2 KE KOTA ISKANDAR...

ASSALAMUALAIKUM...
UNTUK MENGHILANGKAN KEBOSANAN DAN MENGHILANGKAN STRESS BUAT PSM YANG X TAU SAMPAI BILE BOLEH SIAP....
KUAR JALAN2 KE KOTA ISKANDAR KAT NUSAJAYA..
BERSAMA-SAMA DENGAN NUQMAN, HAZELI DAN ZHAFRI DENGAN 2 BIJIK MOTOR LC "JLK" NGAN "JLL" NGAN SEBIJIK LAGENDA "CCA"
SAJE JE JALAN2...





































Sunday, December 5, 2010

RIDER BERAMAI-RAMAI 4 SEM KE TANJUNG BALAU

ASSALAMUALAIKUM...

bestnye hari ni dapat update blog..

         Merujuk kepada perkara di atas, pada hari sabtu, 4 disember 2010 para "rider" 4 SEM seramai 6 orang telah besama-sama ke Tanjung Balau untuk melakukan akiviti berfaedah selepas habis musim peperiksaan. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kami semua tempuh sepanjang perjalanan pergi ke Tanjung Balau dan pulang semula ke UTM tercinta ni. Seperti kata Pit-Jan ada pahit, manis, masam, masin, payau dan lain-lain lagi. Jika anda hendak tahu mana satu yang pahit, manis, masam dan lain-lain lagi bolehlah bertanya kepada beliau sendiri.
       Dengan bacaan doa, kami berenam iaitu Nu'man, Hafiz, Pit-Jan, K-Rol, Mat Yan dan saya sendiri memulakan perjalanan dari KTGB pada pukul 8 pagi walaupun sebenarnya telah berjanji pada pukul 7 pagi.kami bergerak menaik 2 buah motor LC, sebuah legenda dan sebuah RXZ.   Perjalanan ke Tanjung Balau berjalan dengan lancar walaupun kami terpaksa berhenti sebanyak dua kali kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan telah menyebabkan kami berhenti dibawah jejambat dan juga di sebuah kedai makan untuk bersaapan pagi sementara menunggu hujan reda. Walaupun hujan, kami tetap meneruskan perjalanan kerana kami yakin hujan tidak akan sampai ke petang. Segala tekaan kami benar kerana bermula pukul 10 pagi hujan telah berhenti dan segala kesejukan kami telah digantikan pula dengan kepanasan terik cahaya matahari. 
      Alhamdullillah, lebih kurang pukul 1 petang kami sampai ke tanjung balau. selepas menunaikan solat zuhur kami meneruskan agenda kami iaitu mandi-manda di tanjung balau. Walaupun bendera amaran merah telah dikeluarkan menandakan bahaya untuk mandi disitu kerana ombak yang sangat besar. tapi kami tetap meneruskan niat kami kerana melihat ramai juga yang tidak menghiraukan amaran tesebut.

Gambar 1 : Inilah Bendera Merah Yang dimaksudkan



























         Akhirnya setelah siren amaran telah dibunyikan akhinya kami akur dan bergerak semula ke daratan lebih kurang pada pukul 3 ptg . Itu pun setelah kami selesai menimbu Mat Yan di dalam pasir. Setelah kami bersiap, kami pun terus makan tengahari dengan makanan yang kami bungkus sebelum tiba tadi. Selepas selesai makan tengahari, kami ke pantai semula untuk sesi bergambar. berikut adalah gambar yang terhasil.

gambar 2 : cengkerang terbesar pernah dilihat setakat ini

gambar 3

gambar 4 : tanjung balau

gambar 5 : proses menanam mat yan

gambar 6 : pit jan jadi model

gambar 7

gambar 8 : proses menanam mat yan

gambar 9 : proses menanam mat yan

gambar 10 : mat yan telah ditanam

gambar 11; main lompat-lompat

gambar 12 : nama beliau hafiz

gambar 13

gambar 15 : masing-masing jadi model

gambar 16
hahaha.. seronok tak baca.. saje2 je test pakai bahasa orang wat karangan..
kalau korang terseksa baca benda ni orang yang menaip nyer lagi la terseksa..
ok la enjoy yourself dan trime kasih sudi baca blog aku ni...

      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...