Tuesday, August 16, 2011

Thursday, August 11, 2011

FASA KEDUA RAMADHAN - FASA MAGHFIRAH (KEAMPUNAN)


ASSALAMUALAIKUM~~~~~


Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

ALHAMDULILLAH, sudah 12 hari kita berpuasa. Bermakna kita telah masuk ke dalam fasa kedua Ramadhan iaitu fasa keampunan (maghfirah). Allah SWT banyak memberikan maghfirah atau keampunan ke atas hamba-hambanya. Oleh itu marilah kita banyak-banyak meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T  atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada kita sedar atau tidak. Disamping itu kita juga hendaklah memperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, solat terawikh, solat-solat sunat yang lain, qiamullail, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi.


Semoga kita memperoleh keampunan daripada ALLAH atas dosa-dosa yang kita lakukan.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,            melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan  minumnnya kerana Aku.
  •  Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


INSYA ALLAH.

  


Tuesday, August 9, 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SG SIPUT PERAK (SISWA @ DESA)

ASSALAMUALAIKUM~~~

               TEMPAT    :    KG TEMIN SG SIPUT PERAK
               TARIKH     :    26 - 30 JULAI 2011

TELAH DIADAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT(SISWA @ DESA) DI KG. TEMIN, SG. SIPUT, PERAK. PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT, KOLEJ TUANKU CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT
PELBAGAI PROGRAM TELAH DIJALANKAN SEMASA DISANA.
ANTARANYA SEPERTI :
  • MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT
  • KUNJUNGAN KE MAAHAD UNTUK PENYERAHAN SUMBANGAN DARI PIHAK UTM
  • LAWATAN INDUSTRI --- LAWATAN KE INDUSTRI DESA DI KG TEMIN SEPERTI LADANG GETAH, KEBUN CEMPEDAK, INDUSTRI KUIH KARAS DAN JUGA LADANG TERNAKAN KAMBING.
  • PROGRAM BERSAMAMU - PENYERAHAN SUMBANGAN DARI UTM KEPADA KELUARGA YANG TERPILIH.
  • KHIDMAT PENDIDIKAN SEK. KEB. TEMIN.
  • KAU ADA AKU - KHIDMAT PENDIDIKAN RUMAH ANAK YATIM NURUL IHSAN
  • KENDURI SEKAMPUNG (REWANG)
  • MALAM KEBUDAYAAN
  • SUKANEKA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG.
ANTARA GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG PROGRAM



AYAH DAN AMAK ANGKAT SAYA CIK BAB DAN CIK SHIKIN.
YANG DI BLAKANG SEMUANYA DARI UTM
UJANG, AMIR , SHAFIQ DAN ERIZUWAN

Thursday, August 4, 2011

KEISTIMEWAAN RAMADHAN..

ASSALAMUALAIKUM~~~

Rasulullah saw bersabda :

Ertinya : “Telah diberikan kepada umatku dibulan ramadhan lima perkara, yang belum pernah 
 diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :

1.    Dipermulaan bulan ramadhan allah melihat kepada para umatku. Barang siapa allah melihat kepadamu, niscaya. Tidak diazabnya selamanya.

2.    Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi allah dari bau kasturi.

3.    Para malaikat memohon keampunan untuk mereka disetiap hari dam malam.

4.    Allah menyuruh kepada syurga-nya serta berkata kepadanya : bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaku. Mereka hampir beristirahat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-ku dan kemuliaan-ku.

 5.   Pada akhir malam bulan ramadhan, allah mengampuni semua dosa mereka.

      Daripada hadis Rasullullah diatas dapat dinyatakan bahawa banyak keistimewaan dan kelebihan didalam bulan Ramadhan yang diberikan oleh ALLAH kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Sama ada kita hendak atau tidak untuk mengambil apa yang telah ALLAH beri kepada kita. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini. INSYA ALLAH.

      Disini saya juga ingin berkongsi mengenai hadis tentang kelebihan solat terawikh. Hadis tersebut dikatakan sebagai hadis yang daif, bermaksud hadis yang sangat lemah kerana hadis ini tidak mempunyai syarat-syarat yang cukup.

       Segala maklumat yang terperinci mengenai hadis ini, bolehlah lihat di link ini.

         Sekadar perkongsian kita bersama. INSYA ALLAH.




       





Wednesday, August 3, 2011

NORA - DESA TERCINTA.

ASSALAMUALAIKUM~~~

SEMENJAK MENYERTAI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT  " SISWA @ DESA " SEMAKIN SUKA DENGAN LAGU NORA - DESA TERCINTA.

PROGRAM YANG BERLANGSUNG SELAMA 4 HARI DI KAMPUNG TEMIN SUNGAI SIPUT PERAK.
SEGALA CERITA TENTANG PROGRAM INI AKAN DICERITAKAN NANTI.
HENDAK DECERITAKAN DISINI IALAH PERIHAL LAGU DARI PENYANYI INI.

NORA - DESA TERCINTA.



DAH SEMAKIN SUKA DENGAN LAGU NI.




Tuesday, August 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...