Thursday, October 18, 2012

TERIMA KASIH~~~~~~

ASSALAMUALAIKUM~~

TERIMA KASIH~~~


Pertama kali tengok iklan ni, memang sangat-sangat terharu dan berkesan di dalam hati.
Seronok bila tengok adik-adik dalam iklan ni mengucapkan terima kasih.
Kita semua memang tahu dari kecil lagi kita di ajar untuk sentiasa mengucapkan terima kasih tidak kira kepada sesiapa tidak mengira agama, bangsa atau pun pangkat seseorang.
Tapi mengapa bila kita semakin dewasa ucapan terima kasih tu semakin susah hendak dikatakan.

Cubalah kita amalkan tak kisah kepada sesiapa pun. Hatta kepada mak cik cleaner yang tolong bersihkan meja kerja kita. Barulah mereka rasa dihargai macam kita lihat orang-orang yang di dalam iklan ni yang gembira bila di ucapkan terima kasih dan menunjukkan sikap kita yang berhemah tinggi.

INSYA ALLAH~~

TERIMA KASIH kepada yang sudi baca post saya ni.



Sunday, September 23, 2012

22 random act of kindness

ASSALAMUALAIKUM~~~

Hari ni nak share satu video mengenai cara seorang remaja meraikan hari lahir beliau yang ke-22 tahun.
 Syed Muzamil Hasan Zaidi, 22 tahun melakukan 22 kebaikan(22 random act of kindness) bagi meraikan haril ahir beliau yang ke-22 tahun yang dinspirasikan daripada Robyn Bomer - (38 random act of Robyn).





Memang mengagumkan~~~
Paling kagum bila polis, polis trafik, tukang sapu  sampah, kanak-kanak jalanan turut dihargai beliau..
Sesiapa yang rasa nak buat.. dipersilakan...

Sumber:
1)Syed Muzamil Hasan Zaidi youtube  channel - http://www.youtube.com/watch?v=wskG18saKk0&feature=player_embedded
2)38 random act of Robyn - http://mixmingleglow.com/blog/?p=1358




Monday, August 13, 2012

Ramadhan bakal meninggalkan kita...

ASSALAMUALAIKUM~~

SEDAR TAK SEDAR KITA DAH BERADA DIPENGHUJUNG RAMADHAN.
RAMADHAN SEKALI LAGI AKAN MENINGGALKAN KITA.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikan doa kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut....”
(Hadis Riawayat al-Hakim)

Sepanjang Ramadhan ni, banyak ceramah dan tazkirah yang saya hadir membacakan hadis ni.
Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang celaka atau rugi ini. Ini kerana pada bulan Ramadhan ALLAH mengurniakan kepada hamba-hamba -Nya peluang untuk mennggandakan pahala dan peluang untuk diampunkan dosa. 

Jadi bagaimana kawan-kawan sekalian. Bagaimana agaknya status kita. Semoga kita dihindari daripada menjadi hamba ALLAH yang rugi dan mendapat kecelakaan. INSYA ALLAH~~

Didalam baki terakhir bulan Ramadhan ni banyak-banyakkan lah beribadah, qiamullail, bacaan Al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi. Semoga beroleh keberkatan dan keredhaan ALLAH dan menjadi Hamba ALLAH yang soleh dan solehah.



Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan jika ada salah silap dan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada kawan-kawan sekalian.

Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu, Ingatlah orang tersayang.
Mudah-mudahan dipermudahkan oleh ALLAH perjalanan kita.

AMIN~~~



Tuesday, August 7, 2012

JANJI KITA......

ASSALAMUALAIKUM...


Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".


JANJI KITA KEPADA ALLAH YANG SERING KITA UCAPKAN SEMASA SOLAT.
TERTUNAIKAH JANJI-JANJI KITA KEPADA ALLAH.

GAMBAR KREDIT KEPADA





Tuesday, July 31, 2012

PROGRAM BARAKAH RAMADHAN MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI DOUBLE 8 BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

ASSALAMUALAIKUM~~~

NAK DIJADIKAN CERITA, PADA HARI SABTU 28 JULAI 2012 , BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1433H, KUMPULAN ALUMNI DOUBLE 8(88) YANG TERDIRI DARIPADA MANUSIA-MANUSIA YANG LAHIR PADA TAHUN 1988 SEKITAR TAMAN EHSAN DAN DESA JAYA, KEPONG TELAH MENGADAKAN MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAITUL HIDAYAH DI PUCHONG, SELANGOR.

Majlis  yang pertama kali dianjurkan oleh Alumni Double 8 ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cikgu Isa Ibrahim serta keluarga yang merupakan guru disiplin kami di Sek Ren Keb Taman Ehsan.

Alhamdullillah segala yang dirancang berjalan dengan baik bermula dari majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim. Setelah solat terawikh berjemaah, turut diadakan majlis pemberian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan juga ibu-ibu tunggal dikawasan sekitar.

Gambar-Gambar Sekitar Program.















































Thursday, November 3, 2011

One PIece - Mugiwara Pirate

ASSALAMUALAIKUM~~~

Setelah berpisah selama dua tahun, kumpulan Lanun Mugiwara akhirnya bersatu kembali untuk meneruskan pelayaran dan pengembaraan mereka ke New World. Luffy, Zoro, Sanji, Nami, Chopper, Robin, Usop, Franky dan Brook adalah watak dan karakter terpenting bagi anime dan juga manga One Piece.Antara cerita kegemaran yang paling saya gemari. Memang seronok membaca dan melihat hasil nukilan Eiichiro Oda. 


Jolly Roger atau bendera lanun Mugiwara
 Jadi kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua berkenalan dengan seiyu atau suara pelakon suara bagi watak-watak utama One piece ni.






  Monkey D Luffy, kapten bagi lanun Mugiwara. Bercita-cita untuk menjadi Raja Lanun seperti Gol. D. Roger kerana baginya Raja Lanun ialah orang yang paling berkuasa dan mempunyai kebebasan di dunia. Mempunyai kuasa getah(Gomu-Gomu) kerana termakan buah syaitan Gomu(Gomu-Gomu no Mi).  Menggunakan suara Mayumi Tanaka sebagai seiyu bagi watak kapten kesayangan ramai ni.





Tuesday, October 18, 2011

Wordless Wednesday #10

ASSALAMUALAIKUM~~~~




KREDIT PADA FOTOKREATIF..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...