Sunday, July 24, 2011

Program Khidmat Masyarakat Sungai Siput Perak 2011 (SISWA @ DESA)

ASSALAMUALAIKUM~~~


INSYA ALLAH, MALAM NI AKAN BERTOLAK UNTUK PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI SUNGAI SIPUT, PERAK.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ATAU PROGRAM ANAK ANGKAT INI DIANJURKAN OLEH KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT UNIVERSITI TEKNOLOGO MALAYSIA.

INSYA ALLAH MALAM INI AKAN BERTOLAK PADA PUKUL 10 MALAM.

SEGALA CERITA TENTANG PROGRAM AKAN DICERITAKAN KEMUDIAN...

KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT




Thursday, July 14, 2011

Khalifah Umar Abdul Aziz Yang Sederhana

ASSALAMUALAIKUM~~~
SIAPA YANG TIDAK KENAL DENGAN KHALIFAH SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ, SEORANG PEMIMPIN YANG SANGAT ADIL, BIJAK DAN ZUHUD DALAM MEMERINTAH NEGARA. BELIAU JUGA MERUPAKAN WARIS DARI KETURUNAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB 
INI ADA KISAH TENTANG KEZUHUDAN BELIAU DALAM MENJADI PEMERINTAH NEGARA: 
    Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.
    Perempuan itu bertanya lagi dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya.
  “Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir itu?” tanya perempuan Mesir itu. “Tukang keruk pasir itulah Amirul Mukminin” jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. “Kacang..kacang…setiap hari kacang,” kata si pelayan merungut. “Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda,” kata Fatimah.
Ini adalah antara kisah kezuhudan beliau. banyak lagi kisah tentang kezuhudan, amanah dan adil tentang beliau semasa beliau muda, semasa diangkat menjadi khalifah sehinggalah semasa beliau hampir menghembuskan nafas terakhir.
Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan.”
     Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”
   Saidina Umar Abdul Aziz wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Beliau telah berjaya memakmurkan negara dalam masa 2 tahun tersebut sehinggakan serigala diernak bersama dengan kambing biri-biri, harta-harta tidak dapat disedekahkan kerana tiada rakyat yang miskin dan lain-lain lagi. 



Saturday, July 9, 2011

CROSSHATCHED DIAMOND OPTICAL ILLUSIONS a.k.a CRAZY DIAMONDS

ASSALAMUALAIKUM~~~~

CROSSHATCHED DIAMOND OPTICAL ILLUSIONS atau nama lainnya CRAZY DIAMONDS ialah salah satu ilusi optik yang membuatkan orang yang melihat setiap bentuk 'diamond' yang ada sama saja warnanya atas sebab-sebab tertentu. 


kagum?
Hendak tahu apa sebabnya.






Bagaimana? sudah faham.
Sebenarnya masa tengah baca manga terbaru Detective Conan, tertariklah dengan ilusi optik yang disebutkan Inspektor Yamato dan Detektif Koumei.
Aku pun terus cari di Google.
Menarik untuk di kongsi dengan anda semua.

Siapa kata baca manga tidak ada faedahnya.

 



Thursday, July 7, 2011

KELEBIHAN ILMU

ASSALAMUALAIKUM~~~

Khalifah Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa ada 10 (sepuluh) kelebihan ilmu dibandingkan dengan harta
  1. Ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan dari Fir’aun, Qarun, dan lain-lain.
  2. Ilmu selalu menjaga orang yang mempunyainya, sedangkan harta dijaga oleh orang yang mempunyainya.
  3. Orang yang berilmu banyak mempunyai teman, sedangkan orang yang berharta mempunyai banyak lawan.
  4. Ilmu apabila diberikan kepada orang lain akan bertambah sedangkan harta bila diberikan akan berkurang.
  5. Ilmuwan sering dipanggil alim, ulama, dan lain-lain. Sedangkan hartawan sering dipanggil bakhil, kikir, dan lain-lain.
  6. Pemilik ilmu akan menerima syafaat pada hari kiamat, sedangkan pemilik harta dimintai pertanggungjawabannya.
  7. Ilmu apabila disimpan tidak akan habis, sedangkan harta bila disimpan akan usang dan lapuk.
  8. Ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan, sedangkan harta selalu dijaga dari kejahatan.
  9. Ilmu tidak memerlukan tempat, sementara harta memerlukan tempat.
  10. Ilmu akan menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram, sedangkan harta akan mengeraskan hati.
OLEH ITU, TUNTUTLAH ILMU.



Tuesday, July 5, 2011

Wordless Wednesday #4

ASSALAMUALAIKUM~~~~~



















penentuan liga super...

"DORAEMON HAPPY ENDING"

~~~ASSALAMUALAIKUM~~~

SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN DORAEMON.
SIAPA LAGI ROBOT YANG DITUGASKAN MENJAGA NOBITA. BANYAK KISAH MENARIK DORAEMON DAN RAKAN-RAKAN.
CERITA KALI INI MENGISAHKAN TENTANG PENGAKHIRAN CERITA DORAEMON.
BANYAK SEBENARNYA VERSI KISAH PENGAKHIRAN DORAEMON.
TAPI VERSI INI ADALAH YANG PALING BANYAK DISEBARKAN SEJAK TAHUN 90-an LAGI. 

TIDAK DAPAT DIPASTIKAN ADAKAH INI KISAH SEBENAR DARIPADA PELUKIS DORAEMON IAITU FUJIO. F. FUJIKO.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...