Friday, September 30, 2011

IBU DAN AYAH~~~

ASSALAMUALAIKUM~~~


Rasanya pernah tak dengar atau alami sendiri..
Lagi-lagi kalau kita baru bangun tidur, tengah bersama-sama kawan-kawan, tengah 'study' dan lain-lain lagi..

kalau boleh janganlah kita buat perkara macam ni. kalau ibu dan ayah kita boleh melayan karenah kita semasa kita kecil dulu walaupun setelah mereka kepenatan melakukan kerja, melayan kita apabila kita merengek, menangis dimalam hari apalah lagi dengan hanya satu panggilan telefon dari ibu dan ayah kita hanya untuk bertanya khabar anak kesayangan mereka.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


Firman Allah SWT : “ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”    (Al-Ankabut ayat 8 ) 


Sama-samalah kita hormati ibu dan ayah kita..


INSYA ALLAH...



Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

TERIMA KASIH SEMUA...


ASSALAMUALAIKUM~~~~

Alhamdullillah.... 24 September yang lepas saya dan kawan-kawan terlibat dalam Majlis Konvokesyen Ke-47 Universiti Teknologi Malaysia(UTM)..

Pejam celik dah 4 tahun saya menempuhi pelbagai cabaran, dugaan pahit manis bergelar sebagai Mahasiswa
UTM dan akhirnya berjaya untuk bergelar sebagai Graduan UTM.

Terasa bagai baru saja semalam menjejakkan kaki untuk pertama kali di UTM.
Terasa bagai baru saja semalam memulakan pembelajaran di UTM.
Terasa bagai baru saja semalam bersama rakan-rakan sekuliah yang lain bergelak ketawa bersama-sama, keluar bersama-sama di UTM.
Terasa bagai baru saja semalam ditemuduga Abang Afiq dan Abang Bad untuk Kelab Lambaian Masyarakat.
Terasa bagai baru saja semalam menyertai program Lambaian Mesra, program pertama saya bersama Kelab Lambaian Masyarakat.
Semua itu hanya tinggal kenangan kenangan yang tak mungkin saya akan lupakan sehingga akhir hayat saya.

Dengan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada pensyarah-pensyarah yang tanpa mengenal penat mencurahkan ilmu untuk saya dan kawan-kawan agar dapat menjadi insan yang berguna.

Pada kawan-kawan sekuliah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik - Mekatronik (SEM), terima kasih untuk kenangan sepanjang berada di UTM. Belajar bersama-sama, bergembira bersama-sama dan lain lagi. Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian

Juga kepada abang-abang, kakak-kakak, rakan-rakan dan adik-adik Kelab Lambaian  Masyarakat kerana mewarnai hidup saya dengan pelbagai program-program menarik, mengajar saya melihat erti kepebagaian masyarakat dan lain-lain lagi.

Kenangan bersama anda semua tak akan saya lupakan sepanjang hidup saya.
Terima kasih semua..


Konvokesyen UTM ke -47..
























Tuesday, September 20, 2011

D'Masiv Band - Jangan Menyerah

ASSALAMUALAIKUM~~~

NAK KONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN LAGU NI..
HAYATI SEKALI LAGU NI...




BESERTA LIRIK.

D'Masiv Band - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

jangan menyerah......

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

SABTU 24 SEPTEMBER SESI PETANG TARIKH SAYA KONVO DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. TAK SABAR RASANYA.

Wednesday, September 14, 2011

PENGALAMAN UMRAH 1432H

ASSALAMUALAIKUM~~

DAH LAMA TAK MENULIS SESUATU UNTUK BLOG.
HANYA GAMBAR SAJA YANG SERING DITUNJUKKAN.
KALI INI SAYA HENDAK BERKONGSI PENGALAMAN SAYA MENGERJAKAN UMRAH, BERPUASA DAN BERAYA DI TANAH SUCI MEKAH AL-MUKARRAMAH.


ALHAMDULLILLAH, PADA 19 OGOS 2011 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1432H SAYA BERSAMA AYAH DAN IBU BERANGKAT DARI KLIA UNTUK MENUNAIKAN UMRAH. 
UNTUK PENERBANGAN KAMI, KAMI TRANSIT SEBENTAR DI KARACHI PAKISTAN SEBELUM   MENERUSKAN PENERBANGAN KE MADINAH.
DI MADINAH SAYA TINGGAL SELAMA 3 HARI UNTUK BERIBADAH DI MASJID NABAWI, ZIARAH MAKAM RASULLULLAH S.A.W DAN SAHABAT BAGINDA SAIDINA ABU BAKAR R.A. DAN SAIDINA UMAR R.A. DAN JUGA ZIARAH SEKITAR MADINAH.
KEMUDIAN KAMI MENERUSKAN PERJALANAN KE MEKAH. DIMEKAH KAMI MENUNAIKAN IBADAH UMRAH, SOLAT DAN IBADAH-IBADAH SUNNAH LAIN DI MASJIDILHARAM MEKAH DAN MELAKUKAN ZIARAH SEKITAR KOTA MEKAH.


BANYAK PENGALAMAN YANG SAYA DAPAT SEPANJANG BERADA DITANAH HARAM MEKAH DAN JUGA DI MADINAH. ANTARANYA IALAH SEMASA BERBUKA PUASA. HANYA KE MASJID DAN BANYAK MAKANAN YANG DIHIDANGKAN. INI KERANA SEMASA DI BULAN DI RAMADHAN ORANG ARAB MENJADI SANGAT BAIK.
SAMPAIKAN MEREKA SENDIRI YANG INGIN MENGHIDANGKAN MAKANAN. KALAU ADA YANG MEMBANTU PASTI AKAN DILARANG. MEREKA HANYA KITA UNTUK DUDUK DAN BERSEDIA UNTUK BERBUKA PUASA. 


ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG ADA.


kaabah dari tingkat 3 masjidilharam. Ramainya orang

Tuesday, September 6, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...