ASSALAMUALAIKUM~~
DAH LAMA TAK MENULIS SESUATU UNTUK BLOG.
HANYA GAMBAR SAJA YANG SERING DITUNJUKKAN.
KALI INI SAYA HENDAK BERKONGSI PENGALAMAN SAYA MENGERJAKAN UMRAH, BERPUASA DAN BERAYA DI TANAH SUCI MEKAH AL-MUKARRAMAH.
ALHAMDULLILLAH, PADA 19 OGOS 2011 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1432H SAYA BERSAMA AYAH DAN IBU BERANGKAT DARI KLIA UNTUK MENUNAIKAN UMRAH.
UNTUK PENERBANGAN KAMI, KAMI TRANSIT SEBENTAR DI KARACHI PAKISTAN SEBELUM MENERUSKAN PENERBANGAN KE MADINAH.
DI MADINAH SAYA TINGGAL SELAMA 3 HARI UNTUK BERIBADAH DI MASJID NABAWI, ZIARAH MAKAM RASULLULLAH S.A.W DAN SAHABAT BAGINDA SAIDINA ABU BAKAR R.A. DAN SAIDINA UMAR R.A. DAN JUGA ZIARAH SEKITAR MADINAH.
KEMUDIAN KAMI MENERUSKAN PERJALANAN KE MEKAH. DIMEKAH KAMI MENUNAIKAN IBADAH UMRAH, SOLAT DAN IBADAH-IBADAH SUNNAH LAIN DI MASJIDILHARAM MEKAH DAN MELAKUKAN ZIARAH SEKITAR KOTA MEKAH.
BANYAK PENGALAMAN YANG SAYA DAPAT SEPANJANG BERADA DITANAH HARAM MEKAH DAN JUGA DI MADINAH. ANTARANYA IALAH SEMASA BERBUKA PUASA. HANYA KE MASJID DAN BANYAK MAKANAN YANG DIHIDANGKAN. INI KERANA SEMASA DI BULAN DI RAMADHAN ORANG ARAB MENJADI SANGAT BAIK.
SAMPAIKAN MEREKA SENDIRI YANG INGIN MENGHIDANGKAN MAKANAN. KALAU ADA YANG MEMBANTU PASTI AKAN DILARANG. MEREKA HANYA KITA UNTUK DUDUK DAN BERSEDIA UNTUK BERBUKA PUASA.
ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG ADA.
|
kaabah dari tingkat 3 masjidilharam. Ramainya orang
|
|
Ayah dan ibu bergambar di masjid terapung di Laut Merah |
|
Masjid Nabawi Madinah - bawah kubah hijau ada makan Rasullullah dan sahabat baginda |
|
Abraj Al-Bait menara jam tertinggi di dunia, bangunan kedua tertinggi di dunia dan hotel tertinggi dunia. |
|
berbuka puasa di Masjid Nabawi Madinah |
|
Ayah dan ibu di hadapan Kaabah |
|
Jabal Rahmah - tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa di Arafah |
|
bergambar bersama unta |
|
bergambar di muzium. |
|
BERGAMBAR SEBELUM TAWAF WIDA' UNTUK PULANG KE TANAH AIR. |
JIKA BERKESEMPATAN BOLEHLAH KITA TANAM AZAM DAN CITA-CITA UNTUK KE SANA.
MEMANG SERONOK JIKA DAPAT KE TANAH HARAM.
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
JIKA BERKESEMPATAN, BOLEHLAH MENUNAIKAN UMRAH DI BULAN RAMADHAN..
Ia sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji. (riwayat Bukhari)
INSYA ALLAH.. | | |
|
|
|
|
11 comments:
wahhh..seronok ny blh beraye kat mekah ^_^
waaaaaaaaaaaaaaaaa
bile aku nak gi sini
aduhaiii
shapiq...nanti boh gambo bebanyak lagii ehhh
hehehehe.. insya allah...
doakan nad pon smpai sana nanti..
insyaAllah... ^^
insya ALLAH..
kat cne pon dh doakan sumer kawan2 murah rezeki dpt smpi kat cne..
bertuahnya dah sampai sana...
wahh..serononye senior dpt ke sana...ble lagi sy nak ke sane erk??xpe..xpe..insyaAllah akan ke sana jugak nanti
bestnya...
sangat cemburu kerana belum lagi berkesempatan untuk melawat tanah suci mekah.. Semoga suatu hari nanti diri ini diberi kesempatan melakukan ibadat haji dan umrah.. =)
bestnya dapat tunaikan umrah...bila la ada can nak pegi sana kan
bestnya abang shafiq dah sampai ke sana..semoga sy dpt juga menjadi tetamu ALLAH suatu hari nanti..insyaALLAH.amin..:-)
Post a Comment