Tuesday, September 27, 2011

TERIMA KASIH SEMUA...


ASSALAMUALAIKUM~~~~

Alhamdullillah.... 24 September yang lepas saya dan kawan-kawan terlibat dalam Majlis Konvokesyen Ke-47 Universiti Teknologi Malaysia(UTM)..

Pejam celik dah 4 tahun saya menempuhi pelbagai cabaran, dugaan pahit manis bergelar sebagai Mahasiswa
UTM dan akhirnya berjaya untuk bergelar sebagai Graduan UTM.

Terasa bagai baru saja semalam menjejakkan kaki untuk pertama kali di UTM.
Terasa bagai baru saja semalam memulakan pembelajaran di UTM.
Terasa bagai baru saja semalam bersama rakan-rakan sekuliah yang lain bergelak ketawa bersama-sama, keluar bersama-sama di UTM.
Terasa bagai baru saja semalam ditemuduga Abang Afiq dan Abang Bad untuk Kelab Lambaian Masyarakat.
Terasa bagai baru saja semalam menyertai program Lambaian Mesra, program pertama saya bersama Kelab Lambaian Masyarakat.
Semua itu hanya tinggal kenangan kenangan yang tak mungkin saya akan lupakan sehingga akhir hayat saya.

Dengan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada pensyarah-pensyarah yang tanpa mengenal penat mencurahkan ilmu untuk saya dan kawan-kawan agar dapat menjadi insan yang berguna.

Pada kawan-kawan sekuliah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik - Mekatronik (SEM), terima kasih untuk kenangan sepanjang berada di UTM. Belajar bersama-sama, bergembira bersama-sama dan lain lagi. Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian

Juga kepada abang-abang, kakak-kakak, rakan-rakan dan adik-adik Kelab Lambaian  Masyarakat kerana mewarnai hidup saya dengan pelbagai program-program menarik, mengajar saya melihat erti kepebagaian masyarakat dan lain-lain lagi.

Kenangan bersama anda semua tak akan saya lupakan sepanjang hidup saya.
Terima kasih semua..


Konvokesyen UTM ke -47..


























Lambaian Mesra 6. Program pertama bersama KLM.



























Ride 4 SEM ke Tanjung Balau Desaru.
























Jamuan Akhir Tahun dan Alumni KLM
























Jamuan bersama-sama kawan2 SEM
























Program Khidmat Masyarakat KLM  Siswa @ Desa

Jalan2 area KL dengan kawan2 SEM lepas habis LI

























Konvoi bersama UTM LC Community














































Lagu khas untuk anda semua..

Devotees - Sahabat








15 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

tahniah dh bergelar graduan ^_^

shafiqabdshukor said...

time kasih...

dyan said...

tahniah tahniah...saya lagi 2 kali tgk org graduate baru la saya graduate...huhu

Amyna said...

Tahniah kawan....

UTM dah konvo, bulan depan Uitm pulaks...

NadiRah said...

tahniah...bye2 syafiq~

shafiqabdshukor said...

terima kasih..
bye2..
ad masa nnt saya balik la UTM..
hehehe

tempeJB said...

keje mane skrg

Sunah Sakura said...

kenal budak ni dalam biro dulu..hehehe...

tahniah ye da konvo! moga terus sukses!

aimie amalina said...

heeeeeeeeeeeeeeee
org koaaaattt KLM
heeee
tahniah2! =]
dah rindu UTM =(

Ijah EmoTemo said...

tahniah! :)

Anyyss Shuhaimi said...

tahniah saudara!
ana tunggu giliran ana lagi 2 tahun..huu

Cik Sara said...

Yaw~~~

Tahniah sapik...
Pasti KLM merindui kamu nanti..=D

shafiqabdshukor said...

terima kasih.. terima kasih...
saya tengah merindui semua yang saya kenal kat UTM la ni..
hehehee..
tahniah jugak sarah dan aimie amalina dah konvo..

nini said...

wah....congratz.....=D

Aesya Zealous said...

wahh habis belajar dh..tahniah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...