Thursday, November 3, 2011

One PIece - Mugiwara Pirate

ASSALAMUALAIKUM~~~

Setelah berpisah selama dua tahun, kumpulan Lanun Mugiwara akhirnya bersatu kembali untuk meneruskan pelayaran dan pengembaraan mereka ke New World. Luffy, Zoro, Sanji, Nami, Chopper, Robin, Usop, Franky dan Brook adalah watak dan karakter terpenting bagi anime dan juga manga One Piece.Antara cerita kegemaran yang paling saya gemari. Memang seronok membaca dan melihat hasil nukilan Eiichiro Oda. 


Jolly Roger atau bendera lanun Mugiwara
 Jadi kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua berkenalan dengan seiyu atau suara pelakon suara bagi watak-watak utama One piece ni.






  Monkey D Luffy, kapten bagi lanun Mugiwara. Bercita-cita untuk menjadi Raja Lanun seperti Gol. D. Roger kerana baginya Raja Lanun ialah orang yang paling berkuasa dan mempunyai kebebasan di dunia. Mempunyai kuasa getah(Gomu-Gomu) kerana termakan buah syaitan Gomu(Gomu-Gomu no Mi).  Menggunakan suara Mayumi Tanaka sebagai seiyu bagi watak kapten kesayangan ramai ni.








Roronoa Zoro, adalah yang pertama menyertai kumpulan lanun Mugiwara. Seorang yang mahir menggunakan pedang (swordsman). Mahir menggunakan gaya Santoryou iaitu gaya yang menggunakan tiga bilah pedang untuk berlawan. bercita-cita menjadi seorang pemain pedang yang terhebat( World Greatest Swordsman) yang kini dipegang oleh Dracule Mihawk. Pelakon suara bagi Zoro ialah Kazuya Nakai.




Menjadi orang ketiga yang terkuat selepas Luffy dan Zoro, Sanji adalah tukang masak bagi lanun Mugiwara. Sanji merupakan seorang yang suka berlawan menggunakan kaki sehingga digelar " Black Leg Sanji" kerana baginya tangan seorang tukang masak adalah anugerah dan hanya akan digunakan untuk memasak. Impiannya adalah untuk mencari All Blue iaitu kawasan laut di mana pelbagai hidupan laut dari empat jenis laut iaitu West Blue, East Blue, North Blue dan Souh Blue berkumpul yang juga merupakan syurga bagi tukang masak. Suaranya dilakonkan oleh Hiroaki Hirata.


Usopp adalah penembak tepat(sniper) bagi kumpulan lanun Mugiwara. Menjadi ahli yang ketiga kumpulan lanun Miguwara, Usopp adalah seorang yang suka menipu kerana daripada namanya "uso" yang bermakna penipu. Menggunakan senjatanya yang bernama " kabuto" iaitu sejenis senjata menyerupai lastik Usopp menjadi semakin hebat dan berani dengan keupayaannya untuk menembak sasarannya dengan tepat. Bakatnya itu diwarisi dari ayahnya Yasopp yang juga seorang penembak tepat. Bercita-cita menjadi seorang pahlawan yang paling berani seperti ayahnya. Suaranya dilakonkan oleh Kappei Yamaguchi yang juga adalah pelakon suara bagi Shinichi Kudo dalam anime "Detective Conan"     


Berbekalkan pengetahuan tentang cuaca dan kemahiran melukis peta, Nami menjadi seorang "navigator" bagi kumpulan lanun Mugiwara. Nami adalah yang paling bijak di dalam kumpulan lanun. Sangat sangat suka pada duit dan mikan(buah oren). Menggunakan Clima Tact sebagai senjata yang dicipta oleh Usopp. Clima Tact dapat menghasilkan "cool ball", " "heat ball" dan " thunder ball". Dengan itu Nami dapat menghasilkan pelbagai cuaca yang dikehendaki. Menjadi senjata yang hebat bagi seseorang pakar dalam kajian cuaca. Bercita-cita untuk melukis peta seluruh dunia. Suaranya dilakonkan oleh Akemi Okamura.


Rusa yang comel ini ialah Tony Tony Chopper yang merupakan doktor untuk kumpulan lanun Mugiwara. Mewarisi bakat ilmu perubatan dari Dr. Hiluluck  dan Dr Kureha. Chopper telah makan buah syaitan manusia (Hito-Hito no Mi) yang membolehkannya bersifat seperti manusia seperti boleh bercakap seperti manusia dan belajar tentang ilmu perubatan. Chopper juga adalah ahli termuda dalam kumpulan lanun Mugiwara. Seperti chopper yang comel, pelakon suara yang comel diberi nama Ikue Otani. Suaranya juga comel. Suaranya juga digunakan untuk watak Pikachu. Comelkan?       


Nico Robin adalah seorang ahli arkeologi. Robin adalah seorang ahli arkeologi yang sangat mahir dan berpengetahuan luas tentang budaya dan sejarah terdahulu. Ini adalah kerana minat Robin yang sangat suka membaca dan sangat peka terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga merupakan satu-satunya yang tinggal yang boleh membaca bahasa transkip pada tablet poneglyph yang menceritakan tentang sejarah dan menyebabkan dia menerima tawaran untuk penangkapannya sejak berumur 8 tahun lagi. Robin mempunyai kuasa buah syaitan bunga ( Hana-Hana no Mi) yang membolehkannya menumbuhkan bahagian tubuhnya keserata tempat sama ada pada badannya sendiri, badan orang lain dan permukaan yang lain. Impiannya adalah untuk mencari Rio-poneglyph yang menceritakan tentang sejarah benar.  Suara ahli arkeologi yang cantik dan sentiasa tenang ini dilakonkan oleh Yuriko Yamaguchi.   


Franky ialah tukang kapal bagi kumpulan lanun Mugiwara. Nama sebenarnya ialah Cutty Flam juga merupakan cyborg yang mempunyai pelbagai senjata dan kebal hanya dihadapan bahagian badannya sahaja kerana segala pengubahsaian dilakukannya sendiri. Kapal Lanun Mugiwara "Thousand Sunny" adalah hasil rekaannya sendiri dan sebagai tukang kapal dialah memastikan keadaan kapal, senjata-senjata pada kapal dalam keadaan baik. Impiannya adalah untuk belayar bersama dengan kapal impiannya iaitu Thousand Sunny merentas pelbagai lautan. Suaranya dilakonkan oleh Kazuki Yao.


Ahli terakhir dalam kumpulan lanun Mugiwara ialah Brook. Dia adalah pemuzik bagi kumpulan lanun Mugiwara. Brook juga adalah manusia yang hanya tinggal rangka dan berambut afro kerana dia pernah mati sekali. Tetapi kerana Brook telah memakan buah syaitan Yomi-Yomi no Mi yang membolehkannya hidup untuk kali yang kedua. Disebabkan itu dia juga merupakan ahli Lanun Mugiwara yang paling tua. Brook juga adalah seperti Zoro seorang yang mahir menggunakan pedang(swordsman) dan menngunakannya untuk berlawan dengan musuh. Dengan kehebatannya bermain pelbagai alat muzik terutamanya biola, Brook mampu memanipulasi muzik untuk digunakan bersama dengan kehebatannya berpedang. Impiannya adalah untuk berjumpa dengan Laboon, ikan pasu yang ditinggalkannya bersama kumpulan lanunnya selama 50 tahun. Suaranya dilakonkan oleh yuichi nagashima.


Kapal Lanun Mugiwara yang pertama - Going Merry
  

Kapal Lanun Mugiwara yang terkini - Thousand Sunny.


14 comments:

RinsyaRyc said...

oh? ituke yg punye suara?

SiS NaD said...

Salam Shafiq....

Adik2 Sis yang kecil suka sangat tengok cerita ni... Tapi yang dah dialih bahasa la... (^_____^)V

Wan85 said...

http://wanwidget.com
dah lama x layan one peace, cuma aktif layan bleach ajer, hehe

cik Kartun said...

heee..dak laki memg suke lyan krtun2 cm nie

.bLoG aKu KaN. said...

minat gile cite one piece ni..klaka....

naa said...

xberapa folo la pulak one piece ni.huhu

Kongsi Apa2 Aje said...

salam singgah ngn 4low sini. mohon 4low admin jika blum yer (^_^)

wah..smpi cmtu skli doa kaji kartoon ni. admin tak minat sgt citer ni. tapi suka ngn "budak getah" tu. mmg tak mati lah dia...haha.

admin lagi mnt naruto. pe kata kamu kaji naruto lak...ekeke

mekasih coz singgah blog admin yer..

sha my heart said...

best jugak layan kadang2

SyedGraphiX said...

hahaha. tak suka citer ni.

velasrizal said...

pergh katun legend ni

kim heeruul said...

kartun ini best..tpi dialog dia bnyk yg kesat2.

aimie amalina said...

pehhh
katon ni
beratu2 episod nye kan
hehehehee

budak ice said...

luffy!! atau name melayu nye lutfi..ehhe ^^

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

beb! gua fanatik OP!!! :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...