Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDURRASUL....

ASSALAMUALAIKUM...
     hari ni 12 Rabiul awal kita sama2 menyambut hari keputeraan baginda Rasullullah S.A.W... Sedikit info tentang kelahiran Rasullullah Nabi Muhammad S.A.W..  Baginda lahir pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T kekasih. Tahun kelahiran Rasullullah dinamakan tahun gajah kerana pada masa itu telah datang tentera bergajah pimpinan Abrahah yg datang ingin memusnahkan Kaabah, tetapi dengan kekuasaan ALLAH tentera bergajah itu telah berjaya dibinasakan oleh ALLAH. Kelahiran Rasullullah sangat mudah sehinggakan ibu Rasullullah tidak merasa kesakitan kerana melahirkan Rasullullah.. Malah rumah Rasullullah bercahaya semasa kelahiran Rasullullah.. pelbagai perkara aneh berlaku semasa kelahiran Rasullullah antaranya ialah :

1) Terpadam api biara majusi - dikhabarkan org majusi menyembah api kerana api yg disembah itu tidak pernah terpadam selama 1000 tahun, tp semasa detik kelahiran Rasullullah api tu terpadam dgn sendirinya
2) Runtuhlah istana Kisra Parsi
subhanallah..dgn kelahiran Nabi Muhammad..yg mana runtuhlah istana kisra parsi bagi menerangi mekah dgn cahaya terang....runtuhnye segala berhala2..yng mane mereka dahulunye menymbah api..sebagai tuhan mereka..setelah kelahiran nabi..maka terpadamlah api tersebut..runtuh istana parsi supya dgn kehadiran nabi akan membawa cahaya di mekah.
boleh rujuk dalm surah Al'Maidah ayat 102.
dan berbagai lagi kejadian yg menunjukkan kemuliaan nabi sbgi pesuruh ALLAH.. SUBHANALLAH..

tapi hakikatnya adakah kita mengenal nabi sepenuhnya, adakah  kita menyayangi nabi kita sebagaimana sayangnya nabi kita yg tercinta pada kita.. kalau nak diceritakan tentang hakikat sayang nye nabi kita tidak dapat kita bayangkan( kisah kewafatan Rasullullah). adakah kita layak menjadi umat Rsullullah S.A.W. tu semua bergantung kepada kita untuk menjawabnya... adakah kita bnyk melakukan sunnah Rasullullah.. kerana Rasullullah S.A.W bersabda semasa khutbah terakhir baginda :
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”   

sama2 la kita renungkan... INSYA ALLAH..

Dia Kekasih Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

5 comments:

Aqila Safuan said...

aku sayang NABIKU ! nak sgt jumpa dia . : (

shafiqabdshukor said...

aqila:
kita sumer sayangkan nabi kita...
tapi nabi kita sayangkan kita lebih lg dr ibu sayangkan anaknya....
banyak2an selawat dan amalkan sunnah nabi kita

mohd zhafri said...

banyak2 kan selawat =)
~Salam Maulidur Rasul~

Taufiq Tiramisu said...

Walaupun tak pernah jumpa nabi Muhammad, tapi rase rindukan die..pemimpin negara yang berkarliber dan penyayang.. ;)

Ketahui Cara Menukar Background Blog

shafiqabdshukor said...

kalau terasa rindu pada nabi...
selawat ke atas nabi banyak2 dan amalkan sunnahnye...
INSYA ALLAH...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...