Thursday, August 11, 2011

FASA KEDUA RAMADHAN - FASA MAGHFIRAH (KEAMPUNAN)


ASSALAMUALAIKUM~~~~~


Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

ALHAMDULILLAH, sudah 12 hari kita berpuasa. Bermakna kita telah masuk ke dalam fasa kedua Ramadhan iaitu fasa keampunan (maghfirah). Allah SWT banyak memberikan maghfirah atau keampunan ke atas hamba-hambanya. Oleh itu marilah kita banyak-banyak meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T  atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada kita sedar atau tidak. Disamping itu kita juga hendaklah memperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, solat terawikh, solat-solat sunat yang lain, qiamullail, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi.


Semoga kita memperoleh keampunan daripada ALLAH atas dosa-dosa yang kita lakukan.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,            melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan  minumnnya kerana Aku.
  •  Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


INSYA ALLAH.

  


15 comments:

Stilla Royazrie said...

selamat berbuka..:)

shafiqabdshukor said...

selamat..selamat..

GincoMerahJambu said...

insyaallah ramadhan kali ini akan lebih diberkati..

IMANSHAH said...

SINGGAH MAGHRIB

anumuchan said...

thanks 4 sharing )

BubuBobot said...

info yang baik :)

muhamadsufian89 said...

semoga kita sama-sama mendapatkan keampunan ye. :)

Luqeem™ said...

tq atas peringatan..moga kita kekalkn rentak mncari sinar ilahi..

SoLy SoLicious said...

semoga menjadi pedoman bersama :)

shafiqabdshukor said...

btol2..
bnyk2 kan la beribadah dan memohon ampun..

azlanmatt said...

alhamdulillah... semoga Allah memberi keberkatan di bulan puasa ini...

Unknown said...

alhamdulillah.. cpt jek mse bejalan kn.. semoga fasa ke-2 ni kite dpt keampunan dr Allah s.w.t :)

thanx visit my blog :)

shafiqabdshukor said...

insya allah..
amiin

Ain Atika Zailani said...

thanks for sharing !!=)

shafiqabdshukor said...

same2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...