Wednesday, October 5, 2011

SKYDIVING~~~~~ heeeee

ASSALAMUALAIKUM~~~

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua  tiga perkara yang saya teringin sangat nak lakukan.
Tak banyak pun.... Hanya tiga saja..

PERTAMA



Tahukan apa ni..
Inilah dia "skydiving" atau dalam bahasa melayu terjemahan google adalah terjunan udara.
Wikipedia pula mengatakan tindakan keluar dari kapal terbang atau pesawat dengan bantuan payung terjun.
Teringin sangat nak buat.
Gambar di atas pun diambil dari bekas teman sebilik semasa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang melakukan aktiviti ini semasa beliau dan kawan-kawan di Rusia.


KEDUA




Inilah perkara kedua dalam senarai perkara yang nak sangat saya buat.
Memandu kapal terbang. Pernahlah juga duduk di kokpit kapal terbang C130 masa praktikal di AIROD dulu. Nak juga rasa dapat memandu kapal terbang. Dapat memandu Cessna pun jadilah.

KETIGA



Inilah dia perkara ketiga yang saya teringin nak buat. Menyelam Skuba. Tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Insya ALLAH bila dah banyak duit nak juga ambik lesen berenang skuba ni..

INSYA ALLAH...


Gambar terakhir ini...
Terjunan Bungee atau "Bungee Jumping"..
Perkara yang saya tak nak lakukan.
Agak menakutkan..
Melainkan keadaan memaksa saya tak akan buat. :P

Dan untuk yang terakhir...
Saya teringin nak pergi ke Tanah Suci Mekah Al-Haram dan juga Madinah Al-Munawarah sekali lagi.
memang banyak kenangan dan pengalaman semasa disana.
Segala macam masalah akan hilang disana. yang difikirkan hanyalah hendak beribadah.
Mungkin itulah nikmat yang diberikan ALLAH disana..

INSYA ALLAH.






  

22 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

insya allah..dgn izin Allah SWT..semua blh ^_^

nazirah said...

wah 3 bende yg awk nk buat tu
siyez sume sy takot aih

Nur Farah said...

gulp... 3 bnde tu kompen tak akan buat... last tu sangat2 nak.. :D

sjaa64 said...

insyallah pasti akan dapat kalau kita betul2 nak dan berusaha :)

syuxer said...

besar cita2 bro tuh hehe..smua impian bro kat atas ekstrem2 belaka hehe..jiwa kental dan tidak takut je layak menggapai impian tersebut hehe

shafiqabdshukor said...

hahahaha...
tak beranilah nak cakap berani ke takut ke...
tapi kalau ada peluang nak juga buat...
sekali seumur hidup pun jadi la..

aamalinaazman said...

kekekek
pehhh
sume tu aku pon minat weh
bes2..walau nmpak cm seram tapi sume tu cabaran kot
weee..nnti ko dh wat gitaw..hehe


p/s: sahfiq, buatla komen pop up..seng sikit aku mai komen lelaju nih..heheh.gi kat setting, gi kat comment, klik kat pop-up comment ha.. ni cdngan je taw.. hehe..

Mila Ahmad said...

saya juga tingin nak menyelam skuba..tapi kena ada lesen er?

shafiqabdshukor said...

aimie amalina :
nanti kalau dapat buat.. aku ajak korang semua sekali.. haahaha
mila : memang la kena ada..

msredcheesecake said...

Hheee... Tak hingin nak buat sumer tu kecuali yg last...

hyz said...

wow keinginan anda betul2 hebat.. yang terakhir tu insyaallah....

ILA HonEyBuNNy said...

amin.....semoga tercapai yer...ngeh3..

yang last tu..insyaAllah.....

♥NuR SyAFiQah♥ said...

pergh3 terjun2 tu semua menakutkan lah..hehe

insyallah ade rezeki jejak jugak kamu kat mekah nnti :)

shafiqabdshukor said...

hahaha..
memang menakutkan...
tapi pengalaman lebih berharga...
hahaha

Ana Farhana said...

semua best best dan perlukan keberanian,klau gayat.. susah jugak.

g mekah ? nk jugak :)

Kak Amy said...

Insyaallah dengan izin Allah semuanya pasti boleh..

nuurjana said...

nak jgak....:)

rozeeta rashid said...

saya penakut. tak nak buat semua. haha.

aten! said...

nak try gak!!!hehehe~~

nur said...

SEMAGA TERCAPAI HENDAKNYE..

RinsyaRyc said...

yang last tu.. saya pun nak.. ^^

anumuchan said...

plg nak yg last tu..yg atas2 tu takott..huhuu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...