Thursday, August 26, 2010

KEBENARAN AL_QURAN

"MASA YANG DIWAJIBKAN KAMU BERPUASA IALAH BULAN RAMADHAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN MENJADI PETUNJUK BAGI SEKALIAN MANUSIA DAN MENJADI KETERANGAN-KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK DAN MENJELASKAN PERBEZAAN ANTARA YANG BENAR DAN SALAH" 
AL-BAQARAH AYAT 185

ALHAMDULLILLAH, hari ni genap 16 hari kita berpuasa dan pada malam ni bersamaan 17 RAMADHAN 1431H merupakan antara satu hari yang penting bagi seluruh umat Islam iaitu Nuzul Al-Quran. 
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan nabi Muhammad S.A.W.
Perkataan Nuzul bererti turun manakala ini bermakna Nuzul Al-Quran ialah peristiwa diturunkan Al-Quran daripada ALLAH kepada Rasulllullah S.A.W. Al-Quran itu sendiri ialah mukjizat teragong Rasullullah S.A.W dan memberi makna yang sangat mendalam kepada umat Islam.





Rasullullah S.A.W bersabda:
"Sampaikanlah dari aku walaupun hanya satu ayat"
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tarmidzi.







Mengapa Al-Quran itu dikatakan mukjizat agong bagi Rasullullah. Ini adalah kerana Al-Quran itu kitab yang kekal hingga ke akhir zaman. Al-Quran juga adalah firman ALLAH yang di dalamnya terdapat banyak keajaiban yang membuktikan fakta2 yang hanya dapat dibuktikan zaman sekarang dengan adanya teknologi2 di zaman sekarang.  pelbagai penemuan2 dizaman sekarang ini telah dibuktikan oleh Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasullullah pada 1400 tahun yang dulu. malah ada antara ahli-ahli saintis, pakar perubatan dari barat merujuk kepada Al-Quran untuk fakta2 yang mereka keluarkan malah ada diantara mereka yg memeluk islam kerana terperanjat dengan fakta2 di dalam Al-Quran yang mendahului mereka.
di antara nya ialah mengenai penceritaan didalam Al-Quran mengenai cap ibu jari berdasarkan ayat Al-Quran
surah Al-Qiyamah ayat 3-4 yang bermaksud:
" Apakah manusia menyangka bahawa tidak Kami akan kumpulkan tulang-tulangnya. Benar, (bahkan Kami) berkuasa untuk menyusun (dengan) sempurna jari-jari tangannya ." 

 
 ayat ini diturunkan setelah Rasulullah dicabar oleh orang kafir agar ALLAH dapat menghidupkan orang yang telah mati. akhirnya ayat ini diturunkan untuk memberitahu org kafir bahawa ALLAH dapat bukan sahaja dapat menghidupkan manusia yang telah mati malah jika dikumpulkan seluruh tulang mereka ALLAH dapat menjadikan mereka seperti asal mereka dan menyusun mereka hingga sempurna walaupun dari jari2 mereka. ini membuktikan kebesaran  Al-Quran kerana kini telah terbukti bahawa setiap cap jari manusia adalah berlainan. bagaimana Rasullullah pada zaman itu tahu mengenai cap jari ini.. ini membuktikan bahawa Al-Quran ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad sbgi perantaranya.

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka (dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (An-Nisaa’ : 56 )



Ayat 56 surah An- Nisaa' diatas pula bermaksu bagaimana orang yang ingkar terhadap suruhan ALLAH akan dimasukkan ke dalam api neraka sehingga terbakar kulit2 mereka. Kemudian ALLAH akan menggantikan kulit mereka berterusan untuk mereka menerima siksaan api neraka.
sebenarnya jika kulit kita berterusan dibakar ia akan mematikan reseptor2 atau saraf2 yang kebanyakannya terdapt pada kulit. jadi jika kulit berterusan dibakar, maka kita akan tidak akan rasa sakit kerana saraf pada kulit kita akan mati.
tapi apabila dineraka ALLAH akan menggantikan kulit mereka kepada kulit yang baru untuk menerima seksaan api neraka yang berterusan. ini membuktikan kebenaran Al-Quran kerana dapat membuktikan kebenaran tentang sel kulit manusia terlebih dahulu sehinggakan saintis yang mengkaji ttg kulit manusia ini masuk islam kerananya..
kesimpulannya Al-Quran telah terbukti kebenarannya sejak dr dulu hinggalah sekarang. ia hanya memerlukan kita untuk mengkaji kebenaran tentang Al-Quran. Al-Quran diturunkan untuk kita semua mengkaji tentang seluruh ilmu ALLAH. terdapat banyak lagi rahsia2 ilmu dalam Al-Quran yang belom kita ungkaikan dan ia memerlukan kita sebagai umat Islam untuk mengkajinya..
SUBHANALLAH...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...