Friday, March 11, 2011

JOM BELAJAR BAHASA MELAYU KLASIK + BAKU

ASSALAMUALAIKUM...

hendak dijadikan cerita malam tadi aku dan kawan-kawan baru saja selesai menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.
cerita yang dipertontonkan amat menarik. Dengan sistem grafik yang agak baik dan jalan ceritanya jugak agak menyeronokkan dengan aksi-aksi yang menarik hati sekali.
Tapi, apa yang hendak diceritakan disini ialah seperti tajuk di atas kerana aku amat mengagumi gaya bahasa melayu yang dipertuturkan.
Sungguh indah dan puitis sekali.
Aku juga amat mengagumi para pelakon filem ini.
Anda boleh bayangkan bagaimana Stephen Rahman dan beberapa lagi pelakon Cina yang menggunakan bahasa melayu yang saya anggarkan agak klasik.
Antara ayat yang dipertuturkan ialah :
" raja kamilah yang akan jaga kami nanti" kata Ummi Nazeera atau Embok.
beliau menyebutnya dalam sebutan baku lagi.
Antara lainnya ialah:
" sudahlah hodoh, mulut pula berbau longkang" yang telah dituturkan oleh Stephen Rahman semasa menyindir orang semasa di Goa.
walaupun itu adalah ayat sindiran tapi dilakukannya dengan sebutan baku dan klasik.

kesimpulannya tonton lah filem ini untuk mengetahui ayat-ayat yang digunakan.

a href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank">

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...